Skip to main content

Para ASEAN

Powerlifting: Sona tetap ceria dengan gangsa

sona-anak-agon-powerlifting-200917.jpg
Dua tahun lalu dalam Sukan Para ASEAN Singapura, atlet powerlifting negara, Sona Anak Agon, beraksi dalam kategori bawah 67kg dan dia berjaya meraih pingat emas.

Namun, kali ini, dia terpaksa bertukar ke kategori bawah 73kg dan bersaing dengan pencabar yang lebih hebat.

Sona hanya mampu membuat angkatan 70kg yang menyaksikannya meraih gangsa. Perak milik peserta Thailand, Arawan Botpo, dengan angkatan 109kg dan emas milik Indonesia menerusi Nurtani Purba dengan angkatan 111kg.

"Oleh kerana saingan di Singapura tidak membabitkan ramai peserta, saya dapat emas. 

"Namun, tahun ini dengan pencabar yang lebih ramai, saya dapat gangsa. 

"Kalau dah rezeki, kita terima sahaja," katanya. 

Seorang lagi wakil negara, Bibiana Ahmad, yang beraksi dalam kategori bawah 67kg, turut berdepan dengan situasi sama yang menyaksikan dia beraksi dalam kategori bawah 61kg dua tahun lalu.

Biarpun bertukar kategori, Bibiana masih mampu untuk mengekalkan prestasinya dan berjaya membuat angkatan 75kg untuk merangkul gangsa. 

Perak milik Indonesia menerusi Rahayu dengan angkatan 83kg manakala Thailand merangkul emas menerusi Somkhoun Anon, dengan angkatan 93kg.

"Saya agak tidak berpuas hati dengan prestasi sendiri. Yang penting, saya berjaya membuat angkatan," kata Bibiana. 

Advertisement

Must Watch Video