OLAHRAGA
Powerlifting: Skuad negara masih menanti emas
Penantian kontinjen negara terhadap pingat emas daripada powerlifting dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 berterusan pada hari kedua apabila hanya satu gangsa yang berjaya dituai hari ini.
Malaysia hampir memenangi emas pada hari pertama pertandingan semalam menerusi Rabiatul Adawiyah Bakri dalam kategori wanita 41 kilogram.
Beralih kepada saingan hari kedua, tumpuan terarah kepada Gustin Anak Jenang bagi kategori lelaki 59kg.
Iklan
Dia bermula baik untuk melengkapkan angkatan dengan bebanan 120kg.
Bagaimanapun, kegagalan dua percubaan berikutnya dengan tambahan bebanan lima kilogram menyaksikan Gustin ketiga di podium dibelakang wakil Vietnam dan juara dari Thailand.
Aksi 65kg juga tidak kurang sengit apabila Bonnie Bunyau Anak Gustin bersaing hebat dalam perebutan gangsa.
Selepas melepasi angkatan dengan bebanan 145kg, Bonnie tenggelam di sebalik tekanan kepada wakil Filipina.
Bonnie gagal melengkapkan cubaan angkatan terakhir 160kg, menjadikan angkatan kedua 156kg sebagai catatan terbaiknya.
Akhirnya gangsa milik Augustine Podes Kitan menerusi catatan terbaik dan juga angkatan kedua dengan bebanan 158kg.
Wakil terakhir Malaysia yang turun pada hari kedua, Wan Napisah Wan Mahmud, dalam kategori wanita 55kg juga terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga keempat.
Meskipun sudah melakukan yang terbaik, angkatan tunggalnya yang berjaya dilengkapkan pada catatan 45kg jauh untuk mencabar lawan dari Indonesia,Thailand dan Vietnam.
Must-Watch Video