SUKAN SEA
Polo, perahu naga sah ke Filipina
Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meluluskan penyertaan atlet perahu naga ke Sukan SEA Filipina sementara polo mengambil keputusan membuat pusingan U.
Perjuangan atlet perahu naga untuk menyertai Sukan SEA tahun ini berjaya selepas permohonan mereka untuk menyertai temasya itu diluluskan.
Situasi itu pastinya menjadi berita gembira selepas seramai 32 atlet perahu naga menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran tidak disenaraikan sebelum ini.
Iklan
Skuad polo juga menerima khabar gembira memandangkan mereka sebelum ini mengumumkan penarikan diri, namun mesyuarat di Wisma MOM itu hari ini mengesahkan mereka akan menyertai dua acara di Filipina nanti.
Ia bakal menjadi misi sukar dan mencabar buat skuad polo selepas merangkul pingat emas dalam edisi dua tahun lalu tatkala mereka turut diperkuatkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Tiga lagi sukan masih menghitung nasib mereka.
Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.
Must-Watch Video