PARA ASEAN 2017
Ping Pong: Ing Hock akui lawan lebih hebat
Impian untuk skuad ping pong para negara menyumbang satu lagi emas pada hari terakhir Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 tidak kesampaian apabila pemain perseorangan, Ting Ing Hock, tewas dalam perlawanan akhir kepada pesaing dari Indonesia di MITEC, hari ini.
Selepas memenangi emas dalam acara berpasukan, Ing Hock mahu menambah satu lagi koleksi emas dalam edisi Sukan Para ASEAN kali ini.
Lawan yang ditentang, Supriyatna Gumilar, bukan halangan mudah apabila memberikan tentang sengit sejak daripada awal permainan dalam kategori SM9.
Iklan
Set pertama, Ing Hock tewas 8-11. Skrip sama berulang dalam set kedua apabila Ing Hock terus gagal menyekat Gumilar untuk mencatat kemenangan kedua dengan keputusan 11-7. Dan dalam set ketiga, Gumilar mengesahkan kemenangan dengan keputusan 11-9, sekaligus menyaksikan dia meraih emas dan perak diraih Ing Hock.
“Saya tidak memandang rendah kemampuannya.
"Cuma, dia berada di kemuncak prestasi dan bersemangat tinggi hari ini,” kata Ing Hock.
Dalam satu lagi perlawanan, perseorangan wanita kategori SF5, Chung Sow Fun, cemerlang menundukkan lawan dari Indonesia, Supalak Butgunha, 3-0 (11-7, 12-10, 11-8) untuk meraih gangsa.
Secara keseluruhan, skuad ping pong para negara menyumbangkan satu emas, dua perak dan lapan gangsa.
Must-Watch Video