Berbaki 19 hari lagi sebelum berlangsungnya pemilihan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), dengan tarikh tutup pencalonan pada 4 Oktober depan bakal menyaksikan saingan tiga penjuru.
Legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, mengharapkan sesiapa sahaja yang bakal memegang tampuk kepimpinan itu harus fokus dan serius dalam membangunkan sukan berbasikal di Malaysia.
"Kita faham ekonomi ketika ini tidak bagus tetapi cubalah dapatkan lebih banyak penaja dan adakan lebih banyak perlumbaan, kemudian gilap bakat baru.
"Kalau presiden duduk sahaja baik tak payah.
"Mereka harus saling bekerjasama dengan komuniti," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.