HOKI
Piala TNB: THT-TNB berentap dalam final keempat berturut-turut
Terengganu Hockey Team (THT) selangkah untuk memburu kejuaraan treble Liga Hoki Malaysia (LHM) selepas menyekat kemaraan Matador dengan gol tunggal penyelamat maruah hasil jaringan, pemain berpengalaman, Faizal Saari.
Begitupun, laluan untuk menempah tiket final itu tidak mudah seperti yang diramal kerana jelas Matador kali ini turun dengan kekuatan jentera yang berbeza dalam percubaan menggugat kedudukan Terengganu.
Terengganu Hockey Team selangkah untuk memburu kejuaraan treble LHM menerusi gol tunggal hasil jaringan, Faizal Saari untuk menyekat kemaraan Matador dengan keputusan sengit, 1-0.Butiran lanjut dalam Nadi Arena, 7.30 malam! @ASTROARENA pic.twitter.com/Xy3r1O1EAxā husnae (@husnazainudin_) February 20, 2025
Iklan
Selepas lapan percubaan pukulan sudut yang digagalkan pihak lawan, akhirnya satu ledakan gol hasil jaringan Faizal Saari dalam suku ketiga perlawanan berjaya memberikan sedikit kelegaan.
Meskipun impian mara ke final hampir diranapkan dengan satu layangan kad kuninG, namun keampuhan benteng pertahanan dapat dikekalkan hingga wisel penamat dibunyikan.
Jaringan tunggal itu sekali gus menghidupkan kembali sinar harapan THT untuk memburu gelaran juara treble LHM buat kali kedua.
"Separuh akhir memang kedua-dua pasukan mahu menang, cuaca memang panas, sekali pecut sudah rasa penat. Kami tidak tahu lagi lawan di final sama ada TNB mahupun Maybank," katanya.
Dalam pada itu, TNB telah mengesahkan tempat ke pentas akhir selepas menewaskan Maybank 7-4 di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil sebentar tadi sekali gus menyaksian bakal membuat perhitungan berdepan THT nanti.
Must-Watch Video