HOKI
Piala TNB: Nor Saiful tidak rela pisang berbuah 'tiga kali'
Jurulatih Tenaga Masional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini, sekali lagi mengingatkan anak buahnya agar lebih cekap dan tidak terus tenggelam kepada Terengganu Hockey Team (THT) -- kurang 24 jam lagi penentuan Piala TNB di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Nor Saiful tidak rela terus kempunan untuk mendakap trofi itu sebagai azimat untuk menikmati lebih banyak kejayaan pada hadapan selepas kali terakhir menjulang gelaran ini pada 2009.
"Kami perlu memperkemaskan permainan memandangkan musim ini sudah dua kali kami tewas kepada mereka walaupun bermain dengan baik. Kami perlu perbetulkan kesilapan-kesilapan itu dan turun dengan keyakinan yang tinggi esok.
Iklan
"Semua pemain kami akan beraksi dengan penuh keyakinan dan belajar daripada kesilapan terdahulu untuk perlawanan akhir ini.
"Kami tida rela ia berlaku buat kali ketiga. Insya-Allah kami dapat bermain dengan lebih baik.
"Esok pemain akan faham, jika mereka ingin menjulang Piala TNB, mereka perlu menjaringkan gol dan kurangkan kesilapan.
"Mereka perlu tunjukkan keupayaan dan ia akan menjadi permulaan yang baru buat TNB -- yang dibarisi pemain muda yang boleh diketengahkan -- sejak sekian lama tidak menjuarai trofi.
"Kami mahu tunjukkan kekuatan sebenar," katanya ketika sesi persiapan akhir petang tadi.
Must-Watch Video