Pemain berpengalaman Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohd Shahrun Nabil Abdullah, menyifatkan UniKL sebagai pasukan digeruni menjelang aksi Piala Sumbangsih esok.
Shahrun berkata prestasi kurang baik lawan itu dalam Piala Tan Sri P. Alagendra sebelum ini bukan kayu pengukur kerana ketiadaan pemain import mereka ketika itu.
"Kesemua tonggak import UniKL pasti sudah tiba dan akan diturunkan.
"Ia pasti bukan tugas mudah buat THT," katanya.
Shahrun, 34, turut mengakui THT yang dibimbing I. Vikneswaran kini dibelenggu masalah keserasian melibatkan tonggak import dan pemain tempatan.
Musim ini, THT hanya mengekalkan Javier Trevisan dan Ammad Shakeel Butt manakala Daniel Kyriakides, Jung Man-Jie dan Gonzalo Merino merupakan pemain baru pasukan itu.
Jang Jong-hyun pula pulang ke pangkuan THT dari Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dengan kelibatnya pasti akan kembali menggamit di Stadium Hoki Batu Buruk.
"Pada pandangan saya, kami lambat serasi dengan pemain import kerana mereka hanya tiba dua dan tiga hari sebelum perlawanan.
"Jong-hyun pemain yang bagus.
"Walaupun persembahannya belum memuaskan, saya yakin dia akan kembali ke prestasi terbaik," tambahnya.