Astro sekali lagi membawakan kepada penonton kejohanan hoki berprestij, Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31, yang akan berlangsung dari 23 hingga 30 November ini di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Perak.
Kejohanan jemputan tertua di Asia itu bakal menyaksikan pertembungan pasukan-pasukan elit dunia iaitu Belgium, India, New Zealand, Korea Selatan, Kanada, serta Malaysia, selaku tuan rumah, dalam perebutan trofi berprestij yang menjadi kebanggaan arena hoki antarabangsa.
Aksi pembukaan bakal mempertemukan India dan Korea Selatan pada 23 November ini jam 4 petang, manakala perlawanan tumpuan pastinya di antara musuh tradisi India dan Malaysia pada 26 November ini jam 8 malam, di mana The Speedy Tigers akan membawa misi membalas dendam atas kekalahan kepada India dalam saingan Piala Asia sebelum ini.
Sejak penubuhan Astro Arena pada 2010, Astro terus komited menjadi penyiar rasmi kejohanan berkenaan dengan memberi liputan komprehensif kepada semua peminat hoki tanah air, sekali gus memainkan peranan penting dalam menyokong dan memperkasa pembangunan sukan hoki di Malaysia.
Ketua Bahagian Sukan di Astro, Nicholas John, berkata: "Kami amat berbangga dapat meneruskan tradisi menyiarkan kejohanan yang sinonim dengan sejarah hoki negara ini.
"Piala Sultan Azlan Shah bukan sekadar kejohanan antarabangsa tetapi simbol warisan dan semangat kesukanan Malaysia di mata dunia. Kejohanan tahunan ini berjaya menarik lebih dua juta tontonan pada tahun sebelumnya, mencerminkan minat dan sokongan luar biasa peminat hoki di Malaysia.
"Selain itu, Astro turut menyiarkan aksi hoki bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Piala Asia dan Piala Negara-Negara sebagai bukti peranan kami dalam memperkukuh pembangunan hoki tempatan dan serantau."
Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang dalam pembangunan sukan tempatan, Astro turut meneruskan jalinan kerjasama dengan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk tempoh lima edisi lagi sebagai penyiar rasmi Piala Sultan Azlan Shah.
Bagi mempertingkatkan pengalaman tontonan yang lebih mengujakan, Astro turut kembali membawakan liputan secara langsung dari lokasi kejohanan di tepi padang bersama hos dan lagenda hoki negara seperti Datuk Mirnawan Nawawi, Azlan Misron dan Maninderjit Singh, yang akan memberikan analisis serta pandangan taktikal sepanjang kejohanan berlangsung.
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat