Walaupun dia berasa mampu untuk menjejakkan kaki ke podium, tetapi disebabkan beberapa halangan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang perlumbaan menyekat hasratnya untuk menjulang piala.
Nazim yang bersaing dalam PCCA PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 dengan kerjasama Earl Bamber Motosport (EBM) itu mengakui sukar mengekalkan momentum apabila pesaingnya memiliki pengalaman luas selain terpaksa berlumba pada waktu malam.
Di samping itu, Nazim turut berkongsikan serba sedikit tentang perbezaan jentera antara Formula 3 dan Porsche Carrera yang dipandu bagi kejohanan ini.
"Perlumbaan sangat berbeza di Piala Porsche Carrera (berbanding dengan Formula 3 (F3) terutamanya pada waktu malam. Ini adalah cabaran baharu kerana saya tidak pernah mengalaminya jadi agak sukar apabila kereta boleh mengikut rapat dan pemandu di sini sangat berbakat dan agresif," katanya.
In the early hours of this morning (CEST), @nazimazman_ finished his opening @carreracupasia round with a second P5 finish! ??
— Peak Performance Management (@ppm_sports) April 30, 2023
It’s a solid start to his season, and we look forward to round 2 at Yeongam ?? (02-04/06).#PPM #PCCA #DriverManagement #Racing pic.twitter.com/3cEgAzevqd
Imej: Peak Performance Management