The Speedy Tigers menumpukan persiapan saat akhir kepada gerakan pukulan sudut penalti dalam misi memulakan kempen dengan langkah kanan bertemu musuh tradisi, Pakistan, dalam Piala Negara-Negara 2025.
Namun, wujud kegusaran barisan kejurulatihan terhadap ketajaman penyudah pakar pukulan sudut penalti negara memandangkan hanya Syed Syafiq Syed Cholan merupakan taruhan pemain senior bagi gerakan tersebut dalam kempen di Kuala Lumpur, 10 hari lagi.
Skuad negara tagih sentuhan Syed Syafiq, Faris Harizan serta Arif Syafie Isyak.
Syed Syafiq cukup sinonim dengan gerakan pukulan sudut penalti bersama skuad negara sebelum ini dan sudah melepasi 100 penampilan antarabangsa.
Namun, jika prestasi Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 menjadi ukuran, Syed Syafiq sekadar menyumbangkan empat tatkala Arif Syafie dengan dua jaringan.
Kekurangan jumlah jaringan itu disebabkan pilihan utama pasukan diberikan mandat kepada Jang Jong-hyun (TNB) sementara pasukan yang diwakili Arif Syafie, Terengganu Hockey Team (THT), mengetengahkan Faizal Saari untuk peranan tersebut.
Dua tonggak utama negara ini mendapat tunjuk ajar daripada Sohail Abbas selaku jurulatih khusus bagi gerakan merbahaya tersebut
"Mereka dipersiapkan untuk menggantikan tempat saya.
"Ini adalah sebuah pasukan yang terdiri daripada ramai muda -- ini satu pasukan yang baru.
"Pemain senior perlu beri panduan untuk mereka mencapai sasaran," katanya Syed Syafiq.
"Saya banyak ikut dan banyak mendapatkan ilmu daripada Faizal Saari ketika di peringkat kelab. Dia banyak berkongsi panduan mengenai pukulan sudut penalti.
Tambah Arif Syafie pula: "Saya perlu kenal pasti pergerakan penjaga gol lawan."
Sementara itu, pengalaman luas penjaga gol legenda, S. Kumar, sangat ditagih ketika fasa transisi kem negara ketika ini.
Apa yang pasti, maklum balas daripada Kumar sangat berguna buat flicker negara dalam memahami perkembangan semasa pergerakan penjaga gol dunia.