Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Ragbi: Kevin Sinfield belum berpuas hati walau England layak ke suku akhir

kevin-sinfield.jpg
Pertahanan England mungkin sudah berubah sejak bermulanya kempen Piala Dunia Ragbi tetapi Kevin Sinfield masih enggan mengukirkan senyuman.

Skuad Steve Borthwic itu dijangka akan menjuarai Kumpulan D dan kredit seharusnya diberikan kepada barisan pertahanan mereka yang kurang melakukan kesilapan sepanjang tiga perlawanan.

Bagaimanapun, mereka melepaskan try mudah sewaktu menentang Argentina dalam aksi pertama, di mana England bermain dengan 14 pemain seawal minit ketiga gara-gara kad merah yang dilayangkan kepada Tom Curry.

Sinfield, yang memberikan dfokus penuh kepada barisan pertahanannya, berpuas hati dengan kemajuan yang ditunjukkan pasukannya tetapi dengan cabaran yang lebih besar menanti, dia mengidamkan lebih banyak usaha dari pemainnya menuju ke peringkat akhir Piala Dunia.

"Saya tak pernah gembira. Secara keseluruhan kami telah membuat beberapa penambahbaikan dan mengambil beberapa langkah ke hadapan tetapi banyak lagi yang akan datang daripada pasukan ini,” kata Sinfield.

"Tugas saya adalah untuk tidak cepat rasa puas dan perlu terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Saya juga melihat skuad ini mahu terus menjadi lebih baik dan saya mula melihat perubahan baik dalam pertahanan kami. Tidak melepaskan try sewaktu pertembungan bersama Chile memang beri kekuatan kepada mental dan emosi kami.

"Saya memang gembira berbanding sebelum ini tetapi saya tidak mahu pemain melakukannya untuk saya, saya mahu mereka melakukannya untuk satu sama lain dan penyokong.

"Cara mereka beraksi dalam tiga perlawanan terakhir menggambarkan banyak perkara tentang pasukan ini." tambahnya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video