Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF: Skuad kuadran wanita negara sumbang gangsa pertama dari Bihar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

quadrant.jpg
Hasrat skuad kuadran sepak takraw wanita negara untuk melangkah ke pentas final Piala Dunia India musnah selepas langkah mereka disekat dengan kehebatan quadran dari Vietnam dalam aksi separuh akhir yang berkesudahan dengan keputusan 0-2.

Namun, keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Rashidi Nordin itu menyumbangkan gangsa pertama dari Bihar buat kem sepak takraw negara.

Pemain negara yang dibarisi dengan Fatihah Sharudin, Kamisah Khamis, Aziera Lusian dan Zubaidah Che Abdul Wahab memulakan set pertama dengan langkah kanan apabila memimpin perlawanan untuk menang 6-3.

Begitupun, momentum yang dimiliki itu tidak kekal lama selepas ruang kelemahan daripada benteng pertahanan dapat dihidu lawan untuk Vietnam mencuri peluang membalas serangan sebelum menutup set pertama dengan keputusan 15-11.






Memasuki babak kedua, tempoh permainan pasukan negara kian goyah apabila kesilapan demi kesilapan memberikan kelebihan kepada Vietnam untuk menjadi lebih dominan dengan mendahului 8-2.

Namun, sudah terlambat untuk pasukan negara membuat percubaan merapatkan jurang mata ketika Vietnam semakin selesa mendahului. 

Akhirnya, sebuah rejaman tajam daripada tekong Vietnam mengesahkan kemenangan dengan keputusan 15-4, sekali gus menyekat peluang Malaysia untuk mara ke final.

Advertisement

Must Watch Video