SEPAK TAKRAW
Piala Dunia ISTAF: Set penentuan jadi penghalang beregu lelaki negara
Skuad sepak takraw lelaki negara terpaksa akur dengan pingat gangsa selepas tewas kepada musuh tradisi, Thailand, dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Bihar, India pada Ahad.
Trio Aidil Aiman Azwawi, Shahril Aiman dan Noraizat Nordin tewas tiga set 9-15, 15-17, 15-17.
Menurut pakar sepak takraw Astro Arena yang juga merupakan pemenang pingat Sukan Asia 2006, Azlan Mubin, punca kepada kekalahan ini adalah ketika set penentuan, di mana Thailand kembali mengimbangi perlawanan kepada 12-12 selepas hantaran servis kepada Noraizat Nordin.
Iklan
Saat ini, Malaysia kelihatan sedikit tertekan melihat lawan kembali bernyawa dan beberapa serangan psikologi mendatangkan kesan mendalam kepada persembahan Malaysia.
“Secara keseluruhan, kita main memang bagus terutama sekali di set kedua.
"Cuma di set terakhir itu je boleh nampak yang pemain sedikit terganggu,” katanya.
Apa-apa pun, we are so proud of you Malaysia! Bukan mudah nak tumbangkan Thailand, tapi melihat perjuangan trio negara dalam aksi ini, mereka langsung tak berikan laluan mudah buat pasukan Gajah Perang!
Must-Watch Video