Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF: Malaysia semakin bertenaga, menang mudah bertemu Brunei

malaysia-istaf.jpg
Kejohanan sepak takraw Piala Dunia ISTAF meneruskan aksinya dengan acara berkumpulan mula dipertandingkan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Skuad negara yang cemerlang menggondol emas berganda semalam apabila menjuarai acara doubles dan regu turun dengan motivasi terbaik untuk meneruskan rentak kemenangan berdepan lawan dari Brunei.

Pasukan Malaysia mendominasi perlawanan apabila mengutip mata demi mata untuk meraih kemenangan selesa berdepan negara jiran. 

Selepas memperoleh kemenangan bersih 3-0, skuad sepak takraw negara akan bertemu negara mata hari terbit, Jepun bagi aksi kumpulan yang seterusnya, esok. 

Advertisement

Must Watch Video