SEPAK TAKRAW
Piala Dunia ISTAF: Malaysia perlu gandakan usaha tumbangkan Thailand -- Farhan Adam
Ketua pasukan skuad negara, Farhan Adam, gembira dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan Malaysia sepanjang Piala Dunia ISTAF 2024.
Tonggak berpengalaman itu, bagaimanapun, menegaskan dia dan rakan sepasukan tidak boleh terlalu selesa dengan pencapaian semasa skuad kebangsaan, sebaliknya perlu kembali fokus untuk kejohanan akan datang.
"Saya sendiri tidak berpuas hati lagi. Kami perlu perkuatkan lagi aspek berpasukan.
Iklan
"Kami kena gandakan usaha.
"Kami kena pastikan dapatkan kemenangan dalam acara berpasukan," katanya selepas di Stadium Titiwangsa, malam tadi.
'Emon' turut mengesahkan ketika ini dia belum memikir soal persaraan memandangkan misi menewaskan Thailand dalam acara berpasukan belum terlaksana.
"(Tahap permainan) memang tidak jauh. Masing-masing ada buat kesilapan jadi Thailang bukanlah sempurna.
"Insya-Allah satu hari nanti kami pasti akan kalahkan mereka.
"Selagi diperlukan, selagi pasukan negara perlukan saya, saya akan curahkan segala-galanya untuk sepak takraw," katanya.
Must-Watch Video