Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF: Isyarat Malaysia tidak boleh selesa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sepak-takraw-malaysia-beregu-2025-piala-dunia-istaf.jpg
Pengurus skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menganggap kegagalan anak buahnya untuk mengekalkan ketekalan sepanjang permainan menjadi faktor utama Malaysia tewas 1-2 kepada musuh tradisi, Thailand, dalam acara beregu separuh akhir Piala Dunia ISTAF di Bihar, India, hari ini. 

Meskipun tewas, Ahmad Jais tetap memuji trio pemain -- Noraizat Nordin, Aidil Aiman Azwawi serta Shahalril Aiman, yang berjuang habis-habisan dalam aksi tiga set.

Malah, dia percaya kekalahan ini mampu dijadikan sebagai kayu pengukur bagi menilai tahap kemampuan sebenar pasukannya menjelang kejohanan Piala Asia ASTAF 2025 di Kuala Lumpur, Mei depan. 

Untuk rekod, Piala Dunia ISTAF yang di Stadium Titiwangsa tahun lalu menyaksikan skuad negara muncul juara acara beregu selepas menundukkan Thailand 2-0.




"Selepas mendapat momentum rentak permainan tetapi di hujung permainan kami gagal mematahkan servis pihak lawan.

"Apa yang berlaku merupakan petanda yang baik agar kami tidak boleh selesa dengan pencapaian semasa dan perlu melipat kali gandakan usaha untuk menghadapi Piala Asia ASTAF," katanya di Nadi Weekend. 

Advertisement

Must Watch Video