Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia ISTAF 2024: Persiapan Malaysia selaku penganjur cukup memuaskan -- Halim Kader

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

world-cup-istaf.jpg
Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengakui berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan Malaysia selaku tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2024.
 

Beliau percaya Malaysia mampu menetapkan penanda aras baru sebagai penganjur bagi kejohanan berprestij sukan sepak takraw itu.

Saingan yang bakal membuka tirai pada Sabtu di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur menampilkan 21 buah negara termasuk Malaysia yang akan beraksi dalam tiga acara iaitu berpasukan, regu serta double.

Abdul Halim dalam perkembangan sama turut mengesahkan seramai 36 pengadil dari Malaysia telah dipilih untuk bertugas di Kejohanan Piala Dunia 2024.
 

Advertisement

Must Watch Video