Perejam Sepak Takraw Negara, Baihakki Aripin, mengakui tersenarai saat akhir umpama peluang keemasan buat dirinya untuk menyinar bersama skuad kebangsaan terutamanya di pentas Piala Dunia ISTAF 2024.
Tonggak kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu turut berharap kehadirannya mampu menghadirkan nilai tambah terbaik buat Malaysia dalam kempen kali ini.
Diamenjadi pilihan ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun, selepas seorang lagi perejam muda, Redwan Hakim, mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika sesi latihan minggu lalu.
"Saya tidak jangka tetapi usaha dan tawakal sahaja kerana jika jurulatih kata nama tersenarai maka saya akan lakukan yang terbaik.
"Kekuatan pasukan lebih daripada sebelum ini kerana kita mempunyai pemain baru yang berkualiti dan kami akan buat yang lebih baik daripada tahun lepas." katanya kepada Nadi Arena.