HOKI
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: 'Kesilapan kecil' faktor skuad negara bergelut di Croatia
Ketua jurulatih hoki dalam dewan negara, Rodhanizam Mat Radzi, menjelaskan 'kesilapan kecil' yang dilakukan menjadi antara faktor kesilapan yang menghukum skuad negara di pentas Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.
Dia turut optimis kesilapan itu dapat dinoktahkah dengan kerancakan siri perlawanan persahabatan menentang jaguh-jaguh dari Eropah bagi mempertingkatkan lagi kualiti pasukan selain memberikan pemain pendedahan.
"Daripada segi permainan tiada masalah untuk kami bersaing di Piala Dunia, cuma kesilapan kecil yang dilakukan punca kami tewas.
Iklan
"Cara untuk perbaiki, kami perlukan perlawanan persahabatan berdepan Jerman, Austria. Kami perlukan lebih permainan agar pemain lebih pengalaman.
"Pemain sudah berikan yang terbaik dan kami tahu mereka boleh bersaing dengan pasukan di tahap yang tertinggi." katanya.
Untuk rekod, skuad negara menamatkan saingan dalam penampilan pertama di pentas dunia itu di kedudukan ke-11 selepas menewaskan Trinidad & Tobago dalam aksi penentuan ke-11 dan 12.
Must-Watch Video