Menjelang saingan Piala Dunia Hoki 2023 di India pertengahan bulan depan, pertahanan negara, Aminudin Zain, bertekad untuk memainkan peranan penting buat The Speedy Tigers agar sasaran menjadi lapan pasukan terbaik dalam kejohanan itu dapat tercapai.
Aminudin menjaringkan gol kemenangan Malaysia ketika menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam final Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, sekali gus menamatkan penantian 39 tahun untuk skuad negara menjuarai kejohanan itu bulan lalu.
Ditemu Nadi Arena pada hari kedua kem latihan fasa akhir skuad negara hari ini, dia berkata: "Kami baru sahaja pulang dari saingan Piala Negara-Negara, jadi badan juga belum cukup cergas.
"Dalam minggu ini atau minggu depan, kami akan mencuba untuk meningkatkan stamina dan kekuatan kami.
"Semua pemain sedang bersaing untuk merebut tempat dalam pasukan, jadi sasaran saya adalah untuk terpilih ke Piala Dunia.
"Insya-Allah, jika terpilih, saya akan mencuba untuk melakukan yang terbaik buat pasukan dan mungkin peluang itu (seperti menentang Korea Selatan) akan datang sekali lagi.
"Sasaran saya adalah untuk menjadi lapan pasukan terbaik, sama seperti yang pasukan mahukan untuk ke tahap setinggi yang mungkin dalam kejohanan ini," katanya.