Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Boling Padang: Penganjuran angkat kewibawaan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzat-shameer-dan-soufi-rosli.jpg
Penganjuran Piala Dunia Boling Padang di Malaysia buat julung kalinya nyata memberi impak positif apabila negara luar mula memandang tinggi kewibawaan Malaysia menganjurkan kejohanan tertinggi dunia ini.

Ia turut diakui atlet boling padang negara yang pernah mengisi ranking nombor satu dunia, Izzat Shameer dan Soufi Rosli, yang meremang bulu roma apabila Malaysia sah menjadi venue Piala Dunia bagi sukan boling padang kali ini.

Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah, mereka mengakui sedikit gugup tetapi cukup bersemangat dalam memastikan hasrat menghadiahkan pingat buat negara menjadi kenyataan.

"Penganjurannya sangat kemas (teratur) walaupun diadakan pertama Malaysia untuk Piala Dunia, kita dapat anjur setaraf dengan negara luar. 

"(Bakat) saya dilahirkan di gelanggang ini," kata Izzat. 

Soufi pula berkata: "Selalu tengok lengang sahaja tapi tidak sangka persiapan untuk Piala Dunia ini besar."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video