Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Boling Padang: Emma Firyana tekad lunas dendam, Soufi mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erma_1.jpg
Perseorangan wanta negara, Emma Firyana Saroji, sedia melunaskan dendam kekalahan kepada seteru utama dari England, Katherine Rednall, dalam, aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Boling Padang 2025.

Emma sudah meneliti kelemahan lawan bersandarkan kepada imbasan video lalu dan yakin kejuaraan sulung Piala Dunia mampu menjadi miliknya.

Selepas beraksi di portable rink dalam aksi final, Emma akui dia perlu mendapatkan momentum awal bagi memastikan pingat emas dari acara perseorangan wanita.

"Jika diikutkan dalam peringkat kumpulan saya sudah berdepan dengan dia tetapi kalah, tetapi kami ada lakukan kerja rumah.

"Jika diikutkan misi balas dendam lah, jadi saya akan lakukan yang lebih baik di pentas akhir." ujarnya.

Dalam pada itu, keadaan penuh dengan emosi dan tekanan selepas beberapa keputusan yang tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara, Soufi Rusli, yang menyerap segala tekanan diberikan penonton dengan satu balingan tepat ke arah jack untuk menang 6-6, 4-3.





Dia menewaskan Adam Mckeeown dari Ireland untuk ke suku akhir piala dunia boling padang 2025.

"Dengan perlawanan akhir bergantung dengan balingan terakhir untuk menang, saya lakukan dengan baik.

"Saya minta bantuan jurulatih, Do or die. Alhamdulilah. Esok saya akan lakukan yang terbaik di suku akhir." ujarnya.

 

Advertisement

Must Watch Video