Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Berbasikal: Aksi Azizulhasni tersekat dalam pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasniawang.jpg
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, gagal meneruskan kemaraan apabila terkandas dalam pusingan kedua acara pecut individu siri ketiga Kejohanan Piala Dunia Berbasikal di Hong Kong hari ini. 

Dalam aksi di Hong Kong Velodrom itu, Azizulhasni ketinggalan 0.916 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, yang merekodkan 9.939s, menurut laman sesawang  Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Dalam saingan pusingan pertama pagi tadi, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengatasi pelumba Amerika Syarikat, James Mellen, setelah mencatat masa 10.225s.

Semalam, pelumba diberi jolokan 'The Pocket Rocketman' itu menamatkan saingan di kedudukan keenam dalam acara keirin. 

Perlumbaan di Hong Kong itu merupakan penyertaan pertama buatnya selepas tidak menyertai saingan siri pertama dan kedua, masing-masing di Minsk, Belarus (1 hingga 3 November) dan Glasgow, Great Britain (8 hingga 10 November). 

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video