Skip to main content

Sukan Lain

Piala Asia: Indonesia hampir pasti tersingkir selepas dibelasah UAE

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia-beach-soccer.jpg
Indonesia hampir pasti terkandas dalam saingan Piala Asia Bola Sepak Pantai apabila dibelasah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 6-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Pattaya, Thailand sebentar tadi.

Ia merupakan kekalahan kedua pasukan itu selepas tewas besar 2-12 oleh Iran dalam aksi pertama kelmarin.

Satu lagi perlawanan Kumpulan C akan berlangsung sebentar nanti melibatkan Iran dan Afghanistan, dan sekiranya Iran menang, Indonesia tidak lagi berpeluang untuk ke suku akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video