Skuad double negara mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala Asia ASTAF 2025 selepas menewaskan India dalam aksi straight set 15-12,15-12, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Wakil India dibarisi Yumnam Akash, Sorokhaibam Malemnganba dan Ashish, manakala skuad kendalian Aswadi Abdullah pula adalah Noraizat Nordin, Aidil Aiman dan Redwan Hakim.
Anak buah B.A. Sharma memberikan tentangan sengit kepada wakil negara dalam set pertama hingga mengikat kedudukan 10-10, namun Noraizat membuktikan kredibilitinya selaku perejam berbisa untuk memacu kemenangan 15-12.
Kem negara menerima saingan sengit daripada India yang cuba mengheret wakil negara ke set penentuan selepas mereka terlebih dahulu mendahului 8-6.
Begitupun, Malaysia kembali mengikat kedudukan 9-9 dan momentum itu diteruskan dengan kemenangan 15-12 dalam set kedua sekali gus mara ke final yang akan berdepan Thailand mahupun Indonesia pada jam 10 malam ini.
Dalam pada itu, dalam satu lagi acara menyaksikan skuad kuadran negara turut mara ke final apabila menumbangkan Korea Selatan 2-0 dalam aksi separuh akhir.
Mereka akan berdepan Jepun di pentas akhir dengan misi memburu kejuaraan sulung pada jam 8 malam ini.