SEPAK TAKRAW

Piala Asia ASTAF: Rangka program ketahanan pemain sepak takraw negara

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
29/03/2025
12:23 MYT
Sponsor Banner
Piala Asia ASTAF: Rangka program ketahanan pemain sepak takraw negara
Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, mengakui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki berpandukan prestasi dalam Piala Dunia ISTAF 2025 di Bihar, India, minggu ini yang tidak berada di tahap memuaskan.
Dengan misi penting untuk skuad negara menghadapi Piala Asia ASTAF di Kuala Lumpur pada Mei depan, Ahmad Jais menyifatkan langkah drastik untuk meningkatkan prestasi barisan negara akan diambil sejurus cuti Aidilfitri.
"Kelemahan negara terutama dalam acara double perlu ditekankan.
"Kami akan rangka program latihan yang lebih tersusun selepas pemain kembali Berhari Raya.
"Saya harap pemain semakin mantap dan lihat kelemahan di Bihar.
"Mereka perlu lebih berusaha lagi untuk mencipta kejayaan dalam Piala Asia," katanya di Nadi Weekend.
Sementara itu, Ahmad Jais berkongsi anak buahnya ibarat kurang bertenaga ketika saingan dalam kejohanan tersebut.
justeru, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mengadakan kerjasama lebih rapat bersama Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha meningkatkan lagi ketahanan dan kekuatan pemain.
"Kami lihat daripada tahap kekuatan tidak mencapai tahap terbaik. Ini yang akan ditekankan bersama ISN untuk program yang bersesuaian yang menjurus kepada kekuatan fizikal dan kekuatan otot supaya pemain dapat beraksi dalam konsisten dalam perlawanna yang memakan masa yang yang agak panjang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video