SEPAK TAKRAW
Piala Asia ASTAF: Malaysia perlu awasi kebangkitan pencabar -- Futra
Bekas perejam skuad kebangsaan, Futra Abdul Ghani, menganggap belum tiba masanya untuk Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menekan butang panik berikutan prestasi skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala Dunia ISTAF yang melabuhkan tirainya di India, Selasa lalu.
Bagi ketua jurulatih Malaysia B, meskipun
Justeru, dia percaya barisan kejurulatihan yang diketuai Ahmad Jais Baharun sudah mengenal pasti segala kelemahan perlu diperbaiki menjelang saingan Kejohanan Piala Asia ASTAF yang dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, bermula 9 hingga 18 Mei depan.
Iklan
Untuk rekod, Malaysia membawa pulang tiga pingat gangsa dari Bihar menerusi acara quadran wanita, regu wanita serta double lelaki.
"Mungkin kita perlu lebih bersedia kerana Vietnam juga dalam prestasi memberangsangkan.
"Dalam Piala Dunia yang lalu, dia satu seruan kebangkitan terutama Thailand dan Vietnam. India juga beraksi baik ketika bertemu Malaysia, mereka jarang melakukan kesilapan.
"Kami perlu perbaiki prestasi sebelum kejohanan Piala Asia. Konsisten bukan daripada segi mata tetapi daripada pertahanan dan serangan.
"Kcecergasan pasukan lawan mungkin lebih baik tapi kita cuma perlu sedikit sahaja lagi atau perlu lebih konsisten.
"Ia perlu dimasukkan dalam bedah siasat seterusnya," kata pemenang pingat perak, Sukan Asia 2006 itu.
Must-Watch Video