Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sepak Takraw

Piala Asia ASTAF: Malaysia ke separuh akhir, Indonesia atau Vietnam jadi lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw_1.jpg
Skuad sepak takraw regu negara menepati ramalan untuk menempah tiket ke separuh akhir selepas mudah membenam Brunei dalam kempen Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Setakat ini, Malaysia berjaya mengungguli acara tersebut dengan kemenangan straight set selepas mengatasi Nepal, Singapuran dan Brunei dengan keputusan 2-0. 

Kecemerlangan perejam terbaru Melaka Titans, Azlan Alias, tidak perlu diragukan apabila menjadi nadi utama skuad kendalian Ahmad Zin mendominasi perlawanan, sambil dibantu tekong, Haziq Hairol Nizam, dan ketua pasukan, Farhan Adam.

Kemasukan Syahir Rosdi terus menambah asakan kem negara ke atas pihak lawan, sekali gus menyapu bersih setiap mata.

Tamat aksi, Malaysia menang 15-7, 15-4. 

Malaysia akan bertemu sama ada Indonesia atau Vietnam di separuh akhir pada esok. 

Advertisement

Must Watch Video