Menjelang baki saingan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, Malaysia bakal tanpa khidmat Khairul Aman Md Rosdi susulan dibawa ke hospital semalam.
Perejam muda sepak takraw negara, Khairul Aman dikejarkan ke hospital semalam selepas dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika perlawanan menentang Jepun.
Pemain berusia 22 tahun dari Terengganu itu pada awalnya disenaraikan dalam skuad regu kedua negara bersama Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Farhan Adam (apit kiri), namun tidak sempat beraksi apabila dikeluarkan sebelum perlawanan bermula dan digantikan dengan Muhammad Noraizat Mohd. Nordin.
Meskipun berlaku pertukaran saat akhir, regu kedua negara tetap cemerlang apabila mencatat kemenangan bergaya straight set 15-8, 15-9.
“Khairul Aman sedang dikejarkan ke hospital tadi setelah mengalami masalah kesihatan. Jadi kita doakan yang terbaik dan semoga dia cepat sembuh.
“Setakat ini, dia tidak cergas untuk diturunkan pada perlawanan esok. Kita tunggu laporan rasmi dari pihak hospital untuk mengetahui keadaannya dengan lebih jelas,” katanya menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Malaysia kini mendahului Kumpulan B selepas mencatat dua kemenangan bersih ke atas Brunei dan Jepun, dan bakal turun menentang Korea Selatan untuk menentukan status selaku juara kumpulan sekali gus mengintai laluan lebih mudah ke separuh akhi

Skuad Sepak Takraw negara terpaksa lupakan khidmat 'killer' Khairul Aman Mohd Rosdi untuk baki perlawanan acara Regu berpasukan?
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 17, 2025
Ini penjelasan Ketua Jurulatih skuad negara, Ahmad Jais Baharun.@ASTROARENA pic.twitter.com/y7JFCthNNm