SEPAK TAKRAW
Piala Asia 2025 Sepak Takraw: Thailand sahkan penyertaan
Teka-teki jumlah penyertaan pasukan dalam saingan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 akhirnya terjawab selepas Thailand mengesahkan pendaftaran saat akhir untuk bertanding Mei ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertandingan, Datuk Mohd Sumali Reduan, ketika sidang media Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada ahad, yang menegaskan 14 negara bakal berentap merebut kejuaraan sulung itu.
Sumali turut berkongsi mengenai pembahagian kategori permainan yang boleh disertai oleh kesemua pasukan yang bertanding.
Iklan
Dalam masa sama, sebagai persiapan menghadapi kejohanan berprestij itu, Presiden PSM itu juga mendedahkan bahawa skuad negara akan menjalani satu program kem jati diri selain latihan yang berterusan dan perlawanan ujian menentang pasukan jemputan.
Must-Watch Video