Kurang lebih empat bulan setengah sebelum Kuala Lumpur menjadi tumpuan pasukan sepak takraw Asia, kita dikejutkan dengan tindakan Thailand yang masih menyepi sama ada mahu sertai atau sebaliknya.

Dikhabarkan hampir 13 pasukan lebih awal mengesahkan kehadiran di bumi Malaysia, sebelum ini.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pasukan negara Gajah Putih itu bertindak sedemikian. Sebelum ini dalam kejohanan dunia, Thailand sahkan penyertaaan pada saat akhir, sekali gus menjadi masalah untuk pihak penganjur melakukan persiapan kejohanan.

Apakah sebenarnya niat Thailand?

Apakah status selaku juara dunia membolehkan Thailand bertindak sesuka hati pada ketika setiap jemputan untuk aksi Piala Raja Thai Malaysia tidak pernah untuk hadir memberikan sokongan.

Kini, tumpuan juga terarah pada badan induk, Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk segera mengambil tindakan ke atas pasukan Thailand agar situasi ini tidak berulang kembali.