CUB PRIX
Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Waspada ancaman Afizi Supaat, Aiman Hafis buru kejutan kedua
Afizi Supaat daripada kategori CP125 melaungkan amaran untuk mengekalkan kedudukan podium pada pusingan kelima Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang Selatan, esok.
Sebelum ini, Afizi menempa kejayaan membanggakan apabila meraih kedudukan kedua ketika perlumbaan pusingan keempat di Litar Stadium Mini Teluk Intan, bulan lalu.
"Perkara paling penting ialah bagaimana cara untuk melaksanakan strategi masing-masing untuk merebut kedudukan terbaik," katanya.
Iklan
Dalam masa sama, tumpuan pastinya terarah kepada pelumba muda, Aiman Hafis daripada pasukan Brothers 7 Tech Racing selepas mengejutkan semua pihak dengan menggondol kejuaraan sulung pada pusingan lalu dalam kategori Wira KBS.
"Saya mensasarkan podium meskipun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi beraksi di litar istimewa ini namun, saya tetap memberikan persembahan terbaik," kata juara kategori Wira KBS pusingan keempat itu.
Turut berada dalam perhatian, Kasma Daniel Kasmayuddin juga berharap agar tuah beraksi pada litar basah akan berulang di Sepang bagi memudahkan dirinya merebut petak hadapan.
"Saya mempunyai tuah yang baik sekiranya beraksi di litar yang basah selepas hujan dan itu merupakan kelebihan buat saya," kata Kasma Daniel.
Must-Watch Video