CUB PRIX
Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024: Adik-beradik berseteru rebut gelaran CP125
Saingan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, mencipta kenangan manis apabila pasangan adik-beradik mencipta sensasi selepas mendominasi kategori CP 125 dengan pencapaian yang memukau.
Haziq Hamdan menjelaskan bahawa keserasian antaranya bersama jentera mula terjalin dalam pusingan ketiga sebelum mengalami pergelutan dalam cabaran sebelum ini. Dia turut berkongsi di mana pasukan Castrol Power One Honda Yuzy Racing melakukan pelbagai pembaharuan dalam pembikinan jentera untuk mendatangkan hasil positif setiap pusingan.
Menjelang saingan pusingan keempat yang akan berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan, Perak, mereka berdua berharap agar mampu mengulangi pencapaian menarik itu di sana untuk terus mengekalkan rentak kecemerlangan.
Iklan
Walaupun mewakili pasukan berbeza, mereka berdua mensasarkan kedudukan 10 terbaik secara keseluruhan dan ingin mengumpul mata sebanyak mungkin bagi melonjak ke kategori seterusnya tahun depan.
Must-Watch Video