Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL: Juara Peringkat 4 akan pilih berehat laluan kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astana.jpg
Peringkat keempat Petronas Le Tour de Langkawi 2025 menyaksikan pakar pecut Astana, Matteo Malucelli, meraih hatrik kejuaraan edisi kali ini, selepas sekali lagi unggul sebagai juara melalui tiga zon pecutan dan satu zon pendakian dengan kayuhan sejauh 141.5 kilometer (km). 

Berbeza peringkat keempat ini apabila cuaca panas berlanjutan dari awal hingga akhir perlumbaan.

Dengan hanya 118 daripada 130 pelumba yang kekal di peringkat ini menyaksikan ada pecahan awal berlaku menuju ke zon pecutan satu di Marang, dan ia berjaya ditakluk pelumba serba boleh Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli.

Sepanjang perlumbaan, terdapat beberapa insiden kemalangan terjadi yang melibatkan pelumba tempatan di kilometer 38 dan juga kilometer 3, namun tiada kecederaan serius yang dialami.




Dan, seperti biasa pemegang jersi keseluruhan dan juga jersi raja pecut, Matteo Malucelli, bertindak untuk berada dalam peloton sahaja dan hanya menunggu untuk membuat henjutan di minit akhir.

"Kerja keras pasukan yang berjaya mendapat satu lagi kemenangan.

"Saya dapat berehat sedikit esok dan memberi ruang kepada pelumba lain," katanya. 
Energy Gel

Topup Tenaga Dengan Segera

Energy gel mudah dibawa untuk cas semula stamina bila anda perlukan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video