Pelumba Astana, Matteo Malucelli, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila meraih kemenangan ketiga selepas empat peringkat Petronas Le Tour de Langkawi 2025, sebentar tadi.
Untuk rekod, pelumba berusia 31 tahun itu mendominasi Peringkat 1 serta Peringkat 3, dan dijangka terus mengungguli kategori Raja Pecut untuk hari berikutnya.
Malucelli juga mengukuhkan kedudukan dalam klasifikasi pecut untuk memiliki jersi oren Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kayuhan yang bermula dari Kuala Terengganu hingga Kemaman itu membabitkan perjalanan sejauh 141.5 kilometer (km) menyaksikan cabaran terus meningkat daripada pelumba yang bertanding.
Kelibat juara Peringkat 2, Arvid de Kleijn, tergelincir di tempat kelapan dan wakil negara dari pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC), Izzat Hilmi Abdul Halil, turut berada di kelompok 10 pelumba terbaik hari ini.
Raja Bukit disandang oleh Patrick Eddy dan Nur Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team (TSG) menduduki tangga ketujuh.
Saingan diteruskan untuk hari kelima dari Temerloh-Fraser's Hill, esok
Lindungi Diri Anda

Provisional results for stage 4 pic.twitter.com/umTIQ5vRtR
— PETRONAS Le Tour de Langkawi (@PETRONASLTdL) October 1, 2025
Kayuhan yang bermula dari Kuala Terengganu hingga Kemaman itu membabitkan perjalanan sejauh 141.5 kilometer (km) menyaksikan cabaran terus meningkat daripada pelumba yang bertanding.
Kelibat juara Peringkat 2, Arvid de Kleijn, tergelincir di tempat kelapan dan wakil negara dari pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC), Izzat Hilmi Abdul Halil, turut berada di kelompok 10 pelumba terbaik hari ini.
Raja Bukit disandang oleh Patrick Eddy dan Nur Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team (TSG) menduduki tangga ketujuh.
Saingan diteruskan untuk hari kelima dari Temerloh-Fraser's Hill, esok

Cycling Macam Juara
Juara pun utamakan keselamatan bila berbasikal, anda bila lagi?
Lindungi Diri Anda