Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL: Dua pelumba negara hembus nafas lega Peringkat 4

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpc.jpg
Satu tonik terbaik buat pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) selepas pakar pecut mereka iaitu Mohamad Izzat Hilmi berjaya dinobat sebagai pelumba terbaik Asia, Asia Tenggara (ASEAN) dan Malaysia untuk peringkat 4 selepas menjadi pelumba ketujuh yang melintasi garisan penamat.

Bagi Izzat, masih belum cukup apa yang dicapai ketika ini apabila hasratnya untuk mendapatkan podium masih lagi belum tercapai. 

Begitupun, Izzat tetap akan memburu podium pada baki 4 peringkat lagi untuk Petronas Le Tour de Langkawi 2025.

"10 kilometer (km) memang mencabar. Ada dua selekoh berbahaya.

"Saya cuba bertahan untuk kekal dalam kelompok 10 terbaik dan mendapat tempat ketujuh.




"Alhamdulillah, prestasi semakin baik," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Nur Aiman Rosli, berhasil mendapatkan anugerah 'most combative rider' hasil kejayaan mencuri mata di dua zon pecutan dan satu zon pendakian.

"Alhamdulillah, strategi saya berjaya.

"Saya rasa tugasan hari ini selesai," katanya.
Energy Gel

Topup Tenaga Dengan Segera

Energy gel mudah dibawa untuk cas semula stamina bila anda perlukan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video