Skip to main content

Permotoran

Petronas Cub Prix: Helmi Azman tekad pacu SCK Honda Racing lebih gemilang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

helmi-azman.jpg
Pengurus Pasukan SCK Honda Racing, Soong Wai Loan, bersedia sepenuhnya dengan anjakan yang dilakukan terhadap brek dan tayar bagi menghadapi Kejuaraan Petronas Cub Prix pusingan pertama Litar Bestari, Jasin hujung minggu depan. 

Mengulas situasi terkini, dia semestinya meletakkan taruhan besar kepada pelumba berpengalaman, Helmi Azman, untuk memperagakan aksi memukau selain Amirul Ariff Musa dan Tengku Amirul dalam CP150. 

Dalam kelas CP125 pula, SCK Honda Racing akan dipacu seorang lagi pelumba, Adib Hareez Hazwat.

"Helmi sebagai pelumba berpengalaman akan menurunkan banyak ilmu kepada tiga pelumba muda yang lain. 

"Saya mengharapkan pelumba-pelumba dan pasukan meraih kedudukan tiga terbaik keseluruhan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Pelumba CP150 itu menegaskan bahawa dia sudah bersedia sepenuhnya untuk menggegar podium menjelang perlumbaan Cub Prix.




Jelasnya, jentera pacuannya telah mengalami penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pasukan ketika perlumbaan sebelum ini. 

"Kami menghadapi masalah enjin sejak muncul juara pada 2020. Tahun ini kami banyak melakukan ujian dan ia berjalan dengan positif. 

"Saya harap dapat buktikan sesuatu. Kalau boleh kami dapat menaiki podium dalam setiap perlumbaan. Tahun lalu kami kerap menduduki tempat keempat atau kelima. 

"Kami akan cuba habiskan setiap perlumbaan dalam kelompok tiga teratas," katanya pula. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video