Skip to main content

Permotoran

Petronas Cub Prix: Sesi kelayakan tetap rancak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cub-prix_2.jpg
Rata-rata pengurus pasukan melaungkan amaran awal ingin mengisi kelompok utama dalam pusingan kelayakan Kejuaraan Petronas Cub Prix di Litar Jasin, esok. 

Bersandarkan kepada jentera yang telah diubah suai dengan spesifikasi terbaik, pengurus Pasukan SCK Honda Racing, Soong Wai Loan, Pengurus Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Yusoff Said, dan nyata yakin dengan barisan pelumba masing- masing. 

Dengan kehadiran pelumba baru dalam CP125 pasti agak berat untuk mempertahankan kejuaraan.

"Walaupun jumlah kelayakan banyak, dengan teknologi baru pasti akan membantu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 




Mereka setidak-tidaknya mahukan pelumba memberi saingan sengit bagi mengisi kelompok terawal pusingan kelayakan bagi memudahkan perebutan kejuaraan dalam perlumbaan sebenar, Ahad ini.

"Sekiranya kategori CP125 dan CP150 boleh mendapat tempat dalam lima terbaik, sudah menjadi satu pencapaian," kata Wai Loan. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video