Kasma Daniel Kasmayuddin melakarkan kemenangan PETRONAS Cub Prix Malaysia pertamanya untuk pasukannya, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di kategori CP150 dengan catatan masa 14’53:692s.
Dalam pusingan kedua di Dataran Seri Jempol, nasib tidak menyebelahi Ahmad Afif Amran dan Nazirul Izzat Bahauddin apabila mereka tergelincir dan jatuh di permulaan perlumbaan.
Advertisement
Ini memberikan ruang kepada Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing untuk mengambil P1 dan menguasai litar untuk beberapa lap sebelum dipintas oleh Kasma yang menampilkan aksi yang hebat sepanjang perlumbaan di lap-lap seterusnya.
Tempat kedua diambil oleh Akid dengan catatan masa 14’54:099s dan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 14’54:892s.
Menurut Kasma, "Pada perlumbaan tadi, saya memang bermula lambat dan agak ketinggalan. Bertambah lagi dengan cuaca yang panas dan jentera saya semakin kurang 'power'.
"Pada masa itu, saya cuba memintas dan mempertahankan 'racing line'. Akid dan Azroy juga, 50%/50% tadi dan dari segi jentera pun agak berbeza. Akid mempunyai kelebihan dalam 'top speed' maka saya hanya cuba kekalkan momentum dan fokus kepada 'cornering-to-cornering'.
"Cuaca memang panas dan memang tayar-tayar pelumba pun terjejas. Kami hanya cuba 'safe-riding' untuk elakkan daripada jatuh dan memang syukur untuk perlumbaan ini."
Sangat sengit di CP150! Pemenang Pusingan 2!
— Malaysian Cub Prix #CubPrixEraBaru ✊? (@msiancubprix) March 12, 2023
?Kasma Daniel Kasmayuddin
?Md Akid Aziz
?Azroy Hakeem Anuar #30TahunPETRONAScubprix#PETRONAScubprix#PETRONASmotorsports pic.twitter.com/NhtYBxOxl5
Bagi kategori CP125 pula, Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menguasai Dataran Seri jempol dengan kemenangannya pertamanya untuk musim 2023.
Manakala bagi kategori Wira KBS, Emil Idzhar Ezuan menceriakan suasana untuk pasukan Yamaha Estremo 27 Racing apabila beliau meraih kemenangan.
Pada hujung minggu yang sama, pesta #20TahunMelakarImpian turut dianjurkan di Jempol untuk meraikan penglibatan PETRONAS dalam sukan permotoran Malaysia.
Sejak kejuaraan Cub Prix Malaysia ditubuhkan pada 1994, PETRONAS turut menubuhkan pasukan sendiri dengan majoriti pelumba mereka melangkah jauh hingga menjejakkan kaki ke MotoGP dan Superbike Dunia seperti Hafizh Syahrin Abdullah.
Ketika ini, PETRONAS memiliki tiga pasukan dalam kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023, iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing yang beraksi dalam kategori CP150 dan CP125, dan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing yang beraksi dalam kategori Wira KBS..