CUB PRIX
Petronas Cub Prix: Litar Jasin uji pelarasan terbaru setiap penunggang
Akid Aziz mengimpikan untuk mengulangi kejayaan dalam kelas CP150 tahun lalu menjelang perlumbaan pusingan pertama di Litar Jasin, Melaka, minggu depan.
Jasin Bestari antara venue kegemaran pelumba Honda Estremo Yuzy Racing itu yang bertekad mencipta momentum awal
Kejuaraan Petronas Cub Prix 2024.
"Litar Jasin antara yang tercantik selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Litar ini mencabar.
Iklan
"Ia merupakan kemenangan pertama saya di sana jadi saya harap dapat buat permulaan yang baik," katanya sebagai tetamu di Studio Nadi Weekend, sebentar tadi.
Saya ada detik indah di Litar Jasin pada tahun apabila mengatasi Azroy Hakeem Anuar untuk meraih tempat ketiga," kata pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin.
Bagi Azroy Hakeem pula, dia dahagakan kejuaraan sejak bergelar keseluruhan pada 2021 tapi mengakui bakal berdepan kesukaran di Litar Jasin.
"Trek ini agak sukar sebab melibatkan selekoh patah, jentera Honda ada kelebihan di selekoh panjang tapi di sini memihak Yamaha.
"Saya memang bergelut dengan trek di sini jadi dalam perlumbaan, saya tidak meletakkan harapan selain mahu menamatkan perlumbaan dengan selamat," katanya pula.
Must-Watch Video