Skip to main content

Sukan Lain

Petarung Dagestan terselamat kena lima das tembakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

timur-khizriev.jpg
Juara kelas featherweight Liga Pejuang Profesional (PFL) Russia, Timur Khizriev, terkena lima das tembakan yang dilepaskan dua penyerang bertopeng yang melancarkan serangan hendap ketika dia keluar dari keretanya di Makhachkala, kelmarin.

Sebuah video yang disiarkan dalam talian menunjukkan juara -- yang tidak pernah ditewaskan setelah mengharungi 18 pertarungan itu -- sedang mengambil barang-barangnya dari but keretanya sebelum menyedari ditembak dari jarak dekat oleh salah seorang penembak.

Walaupun ditembak dengan jenis pistol traumatik, bintang PFL itu sempat bertindak balas dan menewaskan salah seorang lelaki bertopeng itu, manakala yang seorang lagi melepaskan beberapa das  tembakan lagi ke arahnya.

Khizriev, bagaimanapun, dapat melarikan diri tempat kejadian, dengan video menunjukkan dia melompat ke atas kereta untuk melarikan diri.

Dia kini dalam keadaan stabil selepas pembedahan, di sebalik kecederaan teruk di bahu, tangan dan dadanya.

 

Advertisement

Must Watch Video