Sebelum ini tular lebih 20,000 pengguna media sosial yang terjebak untuk menyaksikan perlumbaan siput sedut persis acara Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Dalam pada itu, tular bahawa siput sedut yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu telah dijadikan lauk masak lemak cili api.

Video yang tular daripada laman TikTok, memperlihatkan pencipta konten itu sedang menjamah makan yang merupakan siput sedut yang sebelum ini dijadikan aksi dalam perlumbaan itu dan dikongsikan oleh @aisarroses di laman X.




Akaun pencipta konten itu sudah mencecah 40,000 pengikut dan siaran langsung menerima lebih 2 juta tanda suka.

Begitupun, pencipta konten itu tetap akan mencari siput sedut yang baru untuk meneruskan aksi perlumbaan pada masa akan datang.