MALAYSIA 14 SRI LANKA 55
Sri Lanka melaungkan amaran awal terhadap skuad ragbi 15 sepasukan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan esok setelah menumbangkan pasukan Malaysia Barbarians 55-14, hari ini.
Sri Lanka yang baru sahaja tiba ke tanah air, semalam, menurunkan barisan terbaik untuk berentap dengan Malaysia Barbarians -- gabungan beberapa pemain tempatan dan juga pemain import daripada kelab, KL Tigers.
Malaysia Barbarians turut dibarisi 10 pemain muda skuad ragbi kebangsaan bagi mengukur kemampuan mereka menjelang aksi, Sabtu ini.
Namun, Sri Lanka yang berada di ranking ke-43 dunia terlalu sukar untuk digugat apabila mendahului babak pertama dengan keputusan 7-44.
Skuad Sri Lanka terus mengganas dalam babak kedua sambil Malaysia Barbarians berusaha keras untuk mengekang asakan lawan, namun masih tidak dapat menghalang pelawat yang melakarkan kemenangan 55-14.
Sri Lanka akan berdepan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.