Skip to main content

Sukan Lain

Perlawanan akan datang kalian akan lihat Jojo yang lebih bagus -- Johan Ghazali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo.jpg
Petarung muay thai negara, Johan Ghazali, berkongsikan keadaan terkini fizikalnya menjelang pertarungan One Fight Night 32 berdepan lawan dari Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, pada 7 Jun nanti.

Dia yang berlatih di Pusat Latihan Superbon mendapat tonik tambahan daripada petarung terkenal dalam saingan One Championship seperti Nong-O Hama dan Petchtanong Petchfergus selain Superbon dalam misi memantapkan tekniknya lagi.

"Persediaan Jojo sekarang sudah sebulan di Kem Latihan Superbon, jadi sekarang Jojo rasa fizikal Jojo sudah 80% bersedia dan tinggal sebulan lagi sebelum perlawanan.


 


"Superbon sudah beri Jojo strategi yang mantap, petarung seperti Nong-O Hama, Petchtanong (Petchfergus) mereka sudah setiap hari ajar Jojo dan beri strategi mantap kerana mereka juga mahu lihat Jojo menang.

"InsyaAllah pada aksi akan datang ini, kalian akan nampak Johan Ghazali yang lebih bagus, kemahiran yang lebih banyak dan cekap." katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Advertisement

Must Watch Video