ONE FC
Perkembangan terbaru Johan Ghazali buat ramai 'patah hati'
Bintang sensasi muay thai negara, Johan Ghazali, berkongsikan sudah lama menjalin hubungan cinta dengan pilihannya, Queenna Khan.
Menerusi satu temubual dengan salah satu majalah hiburan tanahair, petinju muay thai yang mesra disapa 'Jojo' itu berkata, "Saya dan Queenna sudah lama bercinta, cuma sekarang baru saya terbuka untuk mendedahkan dia kepada umum.
"Kalau ada peminat yang kata mereka patah hati, saya tidak boleh buat apa. Terima kasih juga kepada orang di luar sana yang sentiasa mendoakan."
@remaja.my Walaupun Jojo Ghazali kesayangan korang dah tak single, tapi jangan lupa untuk sentiasa support jaguh muay thai kita ni ok!🥊✨😉 Apa pun, memang suka betul tengok satu family Jojo berjiwa fighter💪🏻Sampaikan Jojo sendiri tak tahu nak pilih siapa yang paling power antara kedua parents dia guys😆 All the best juga @johanghazali_ untuk the next championship!✨ #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #JojoGhazali ♬ Heartwarming and slightly comical background music(1595837) - mouscream
Iklan
Jojo baru sahaja tamat bertarung dalam saingan ONE170 bertemu Johan Estupinan, pertembungan itu menyaksikan Jojo tewas menerusi keputusan pengadil dan yang kedua dalam saingan One Championship.
Must-Watch Video