BERITA SUKAN AM
Perang kerusi panas MPM sudah bermula
Buat kali pertama dalam sejarah Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), menyaksikan persaingan paling sengit melibatkan jawatan tertinggi badan induk itu
Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan untuk mencabar kedudukan presiden ialah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Hala tuju MPM bakal ditentukan pada tarikh keramat 14 Disember hadapan, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM menjadi medan pemilihan barisan kepimpinan bagi penggal seterusnya.
Iklan
Penyandang jawatan presiden, Megat shahriman mengalu-alukan senario terbaru ini namun jika hanya individu tersebut memiliki keinginan untuk meningkatkan mutu dan persembahan atlet para negara.
Jika hanya mahu bertanding untuk kepentingan peribadi, Megat menegaskan MPM tiada ruang untuk kepentingan peribadi.
Nada ketegasan itu menjadi simbolik keinginannya untuk meneruskan pengaruhnya bagi penggal kedua selepas mula memimpin MPM sejak 2019.
Paling menarik, status beberapa individu yang sudah mengatakan hasrat untuk mencabar jawatan presiden sedang dikemaskini latar belakang kerana dikatakan diklasifikasikan sebagai tidak berkelayakan.
Megat Shahriman mengesahkan, AGM kali ini paling meriah bagi merebut jawatan nombor satu MPM.
Tidak dinafikan, khabar angin kuat mengatakan Shapawi Ismail dikenalpasti sebagai individu paling tepat menerajui pucuk kepimpinan MPM sehingga kitaran Paralimpik seterusnya di Los Angeles 2028.
Must-Watch Video