Juara Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen 1, 2016, The Bos Gaurus, mahu memberi cabaran dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ) dari 24 hingga 29 Januari ini.
Ketua jurulatih Perak, Ku Jais Man Ku Ismail, mendedahkan pemain mula dikumpulkan awal tahun ini dan hanya 14 pemain terbaik dipilih.
"Saringan agak ketat, hanya yang terbaik daripada yang terbaik bersama kami," katanya.
Menurut penolong ketua jurulatih, Mohd Harry Herman Mokhtar, pemilihan terbuka di Arena Sepaktakraw Majlis Perbandaran Taiping lalu berjaya menarik perhatian ramai pemain berbakat.
"Skuad kali ini adalah campuran pemain dari STL, GP Emas dan pemain berbakat. Kami yakin Perak pasti mampu mencipta kejutan dalam kejohanan ini," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan, Syamsul Istar Ibrahim Istar, berharap undian bagi menentukan kumpulan Isnin nanti menyebelahi Perak.
Kali terakhir Perak bergelar juara ialah pada tahun 2004.