SUKAN SEA
Perahu naga: Atlet tetap beri komitmen
Skuad perahu naga lelaki dan wanita negara tetap giat berlatih bagi menghadapi Sukan SEA Filipina, November depan.
Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) telah memaklumkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi meluluskan penyertaan atlet perahu naga seramai 32 orang dalam temasya edisi ke-30 itu.
Bagaimanapun, keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA, Selasa depan.
Iklan
Atlet negara, Adam Aris, yang turut menyertai acara kayak 1,000 meter K1, berharap mesyuarat berkenaan akan menghasilkan keputusan yang baik berikutan isu berlarutan itu telah mengganggu persiapan atlet.
"Atlet sepatutnya (memberikan) 100 peratus fokus kepada latihan.
"Kalau berlakunya masalah bergelora seperti ini, kami sebagai atlet sedikit-sebanyak terikat untuk menyelesaikan masalah ini.
"Ia sedikit-sebanyak mengganggu mental dan fizikal kami," katanya.
Must-Watch Video