Skip to main content

E-Sukan

Penyokong sambut kepulangan Selangor Red Giants dari Riyadh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-rg.jpg
Penyokong pasukan gergasi merah menyambut kepulangan Selangor Red Giants (SRG) dengan penuh kemeriahan serta nyanyian lagu Negaraku di KLIA selepas kejayaan menjuarai saingan Mid Season Cup 2024 (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, di Riyadh, Arab Saudi, pagi ini.

SRG mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia menjuarai saingan itu selepas menewaskan wakil dari Filipina, Falcon AP. Bren, 4-3, Ahad lalu.

 

Pasukan Esport itu tiba di Malaysia dengan rekod 110 hari tanpa kalah serta menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai kejohanan berprestij itu.

   

Advertisement

Must Watch Video